Hampir setiap tahun penduduk Taman Bunga Raya di Jitra (TBR) tempat saya tinggal pasti ada penghuni yang akan ke tanah suci mengerjakan fardhu haji. Itulah yang menjadikan TBR begitu istimewa. Pada tahun ini rakan kami Sdra. Redzuan Lah ,pengajar di Kolej Matrikulasi Changlon bersama isteri dan ahli keluarga beliau turut menjadi tetamu Allah ditanah suci .Istimewanya Redzuan yang mesra dengan panggilan Che Wan ialah pemergian beliau dan isteri mendapat liputan akhbar Harian Metro keluaran Sabtu 22 November 2008. Sesungguhnya ketabahan saudara menempuh dugaan tuhan amat dikagumi.Saya doakan semoga saudara suami isteri serta keluarga yang bersama-sama rombongan dianugerahkan oleh Allah kesihatan yang baik dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna seterusnya mendapat Haji Mabrur.Amin.
Pls click the "play" button.
No comments:
Post a Comment