Thursday, December 19, 2013

Zaman Menabur Fitnah

Fitnah...suatu tabiat buruk yang makin meluar dengan meluas dalam masyarakat manusia melayu yang menggelarkan diri mereka Islam .Fitnah bermula dari hati manusia yang kotor dan busuk.

Di kalangan politikus melayu di Malaysia fitnah seakan tidak dpt disekat, apatah lagi media carimakan terus menerus memainkan peranan meniup api fitnah ini dengan galaknya..menanamkan  persepsi yang negatif terhadap satu pihak.Pada akhirnya apabila kerosakan telah dilakukan maka dengan selamba mereka meminta maaf setelah sebah di mahkamah apabila disaman  oleh pihak yang difitnah.

Malang bagi sesetengah pembaca dan mengikut setia media seperti itu yg terus menerus disumbat dgn berita2 fitnah yg membara setiap saat dan ketika.Pembaca2 setia ini sewajarnya melihat dan membaca daripada pelbagai sumber berita yang ada sebelum menilai sesebuah berita yang disajikan.Ini penting untuk mengelak diri daripada terjebak dengan berita berupa fitnah dan dpt mengelak diri daripada turut terbabit sebagai pembantu menabur fitnah.

Ingatlah fitnah itu dosanya amat besar dan jauhilah daripada fitnah dan bersetongkol dengan pencipta,penyebar dan "peruncit" fitnah.

No comments: